PENDAHULUAN
Post by Ahmad Zaki Bin Ismail
Post by Ahmad Zaki Bin Ismail
Apakah yang dimaksudkan dengan
kejiranan?
- Jiran yang tinggal berdekatan rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah, samada dari kiri atau sebelah kanan, depan mahupun disebelah belakang rumah
- Dalam perkataan arab, jiran membawa maksud orang yang tinggal sebelah menyebelah atau tetangga.
- Ia dapat disimpulkan bahawa semangat kejiranan membawa erti satu suasana dan perhubungan yang positif dalam satu-satu kawasan kejiranan. Ini menunjukkan bahawa islam menitikberatkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain dan agama islam ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di antara sesama manusia.
Hadis mengenai konsep kejiranan :
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasa Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya : " Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat , maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
KEPENTINGAN
KEJIRANAN
Post by Harisangar A/L Arunasalam
Antara kepentingannya adalah :
- Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh.
- Semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat dapat menarik minat pelancong untuk datang bercuti di Malaysia. Malaysia yang mempunyai perpaduan yang teguh akibat
- Semangat kejiranan masyarakat pelbagai kaum menarik minat warga asing untuk melihat sendiri perpaduan kaum tersebut.
- Semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat.
- Semangat kejiranan amat
penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman. Ia embawa kebaikan
kepada diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti
rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
majuKEBAIKAN MENGAMALKAN SEMANGAT
KEJIRANAN
Post By Muhammad Nur Firdaus Bin Azizan
Antara kebaikannya adalah :
- Mudah mendapat bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kehidupan kita tidak dapat lari daripada perkara luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau kematian.
- Menjamin keselamatan tempat tinggal kita.
Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal
kita. Jika jiran kita mendapati ada orang yang tidak dikenali datang atau
memasuki rumah kita pada waktu kita tiada di rumah, jiran pasti akan
menghubungi kita.
- Jiran akan dapat membantu kita dalam menjayakan majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita adakan kadangkala memerlukan bantuan jiran di sekeliling kita. Dengan adanya bantuan jiran ini majlis tersebut menjadi ringan dan berjaya dilaksanakan.
- Membantu memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat dalam Negara kita. Perpaduan yang terjalin akan membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai
PUNCA-PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN
LUNTUR
Post By Muhd Danial Ikhwan Bin Baharin
Antara puncanya
adalah :
- Sikap buruk sangka dan hasat dengki terhadap jiran yang lain merupakan salah satu punca menyebabkan semnagat kejiranan itu luntur dan kemungkinan wujud pergaduhan sesame jiran tetangga.
- Perubahan gaya hidup masyarakat sekarang yang terlalu sibuk mencari rezeki untuk menyara keluarga masing-masing. Kos sara hidup yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari.
- Kemajuan dalam bidang teknologi atau media massa juga salah satu punca yang mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan.Teknologi merupakan satu perkara yang paling penting pada era ini. Penggunaan media elektronik seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer pada masa sekarang yang menyebabkan semangat kejiranan kini semakin hilang berinteraksi dengan orang lain melalui teknologi. Oleh itu, kemajuan dalam bidang teknologi pada masa sekarang turut mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan.
- Arus pembangunan yang semakin pesat melanda negara kita juga menjadi punca semangat kejiranan semakin luntur pada masa kini. Dewasa ini, pembangunan negara berlaku dengan pesat sekali.Hal ini mengakibatkan semangat kejiranan semakin luntur kerana masyarakat akan menghabiskan masa terluang mereka dengan mengunjungi tempat-tempat seperti pusat beli-belah, taman-taman permainan dan juga pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan.
Langkah-Langkah
Menghidupkan Semula Semangat Kejiranan
Post By Muhammad Firdaus Bin Abd
Kadir
Antara langkahnya adalah :
- Menghidupkan semula konsep rukun tetangga. Rukun tetangga membawa maksud pembahagian wilayah dan dipimpin oleh ketua yang telah dipilih oleh warganya. Program rukun tetangga ialah satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat seperti mengadakan gotong royong membersihkan Kawasan setempat seperti surau. setempat di Malaysia.
- Menggunakan saluran media massa yang akan menyiarkan kempen kesedaran kejiranan. Menurut Cangara 2002, media massa adalah alat yang digunakan dalam menyampaikan pesanan-pesanan dari sesuatu sumber kepada khalayak dengan menggunakan alat-alat komunikasi mekanis seperti surat khabar , filem, radio dan televisyen.
- Mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, majlis membawa erti persidangan atau perjumpaan. Dalam kata lain, majlis bercorak setempat bererti aktiviti yang akan melibatkan seluruh masyarakat didalam sesuatu kawasan seperti hari keluarga atau majlis perkahwinan. Dimajlis ini, jiran tetangga yang datang bertemu dan beramah mesra, saling bertanya khabar ibarat sambil menyelam, minum air.
- Mengubah sistem pendidikan disekolah atau mana-mana institusi pelajaran. Ia Melalui Matapelajaran Tertentu Seperti Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral ataupun melalui penyerapan dalam matapelajaran lain. Melalui kaedah ini, semangat kejiranan dapat dipupuk dikalangan kanak-kanak lagi ibarat peribahasa“meluntar buluh biarlah dari rebungnya.